SEBANYAK 171 sekolah di beberapa daerah di Kedah direkodkan mengalami kerosakan antaranya pada bahagian bumbung dan siling bangunan sekolah itu akibat ribut Jumaat lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah Dr Salmee Said berkata, daerah yang terbabit adalah Langkawi, Pendang, Sik, Baling, Kota Setar, Kubang Pasu, Kuala Muda, Yan, Padang Terap dan Kulim-Bandar Baharu.
“Kerosakan di semua sekolah itu akan dibaiki segera tetapi mengambil masa sebulan juga (untuk semua sekolah itu siap dibaik pulih),” katanya dalam kenyataan ringkas kepada Bernama malam ini.
Dr Salmee berkata, bagaimanapun masa terdekat ini sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar tidak terjejas, memandangkan mereka sedang bercuti Aidiladha sehingga 17 Ogos ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan