Ada hikmahnya apabila rancangan kerajaan negeri untuk
membentangkan RUU bagi membenarkan seseorang berusia bawah 18 tahun
memeluk Islam di Selangor menemui jalan buntu pada bulan lalu.
"Ini adalah perdebatan perundangan. Ada beberapa pandangan-pandangan dan kerangka itu kita lihat secara keseluruhannya.
"Ini bukan hanya soal ibu bapa, kita harus lihat keseluruhan semangat yang ada dalam perlembagaan dan niat dalam pindaan.
"Bagi masa berbincang," katanya pada sambutan majlis rumah terbuka Aidiladha di Shah Alam hari ini.
Awal bulan ini, kerajaan negeri merancang untuk membentangkan RUU bagi membenarkan seseorang berusia bawah 18 tahun memeluk Islam dengan mendapat kebenaran sepihak di DUN Selangor.
Amirudin dilaporkan merancang berbuat demikian biarpun berdepan bantahan daripada majoriti Adun PH, termasuk daripada kabinetnya sendiri.
Plot singkir Amirudin
Susulan laporan tersebut, Amirudin dan Ng saling mengeluarkan kenyataan menjelaskan kenapa ia tidak dibentangkan.
Speaker
DUN menafikan beliau memendekkan tempoh sidang dewan undangan negeri
kepada dua hari bagi menghalang pembentangan pindaan itu.
Versi Bahasa Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan juga merujuk “ibu atau bapa” berkaitan penukaran agama.
Secara
kebetulan, isu ini timbul ketika spekulasi mendakwa terdapat plot untuk
menyingkirkan Amirudin yang dianggap sekutu rapat Timbalan Presiden PKR
Azmin Ali.
Ditanya
mengenai gesaan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin supaya beliau
menjelaskan pindaan RUU itu kepada orang ramai dan PH, Amirudin berkata
dia perlu bercakap dengan menteri itu terlebih dahulu untuk memahami apa
yang dimaksudkannya itu.
Ketika ditanya pendiriannya mengenai desakan daripada PH supaya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkhidmat sehingga habis penggal, Amirudin berkata beliau akan berbincang dengan gabungan itu dan bukan bercakap kepada media.
Mengenai kejadian seorang lelaki berusia 29 tahun maut digilis di Bangi, Amirudin menggesa semua pihak menolak keganasan tanpa mengira latar belakang pelakunya.
Beliau juga menggesa semua pihak membenarkan pihak polis melakukan siasatan terhadap kes itu.
"Saya rasa baik pihak polis menyelesaikan siasatan.
"Tindakan-tindakan brutal dan zalim ini memang tak boleh diterima dalam komuniti. Siapa pun buat.
"Saya harap ia tak dilihat dalam kerangka perkauman dan paling penting, tindakan ganas, brutal harus dilawan, ditentang semua pihak," katanya.
Pada Sabtu lalu, kemalangan kecil di Lebuh Raya Plus bertukar tegang di antara mangsa dan seorang lagi pemandu. Kejadian itu berakhir dengan mangsa digilis oleh kereta pemandu yang bertelagah dengannya.
Polis menolak faktor kaum sebagai punca dan telah menahan reman pemandu terbabit dan isterinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan