MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Ahad, 11 Ogos 2019
Isu seni khat terus panas, DAP negeri didesak nyata pendirian
MalaysiaGazette
Kain
rentang bantahan dilaporkan muncul di kawasan Parlimen Menteri
Pendidikan, Maszlee Malik dan timbalanya, Teo Nie Ching, kedua-dua
merupakan wakil rakyat dari Johor.
KUALA LUMPUR – Isu pembelajaran seni khat di sekolah rendah belum
reda dengan kemunculan kain-kain rentang membantah rancangan itu di
Johor Bahru, Kulai, Muar, Batu Pahat dan Kluang di Johor.
Kain rentang bantahan dilaporkan muncul di kawasan Parlimen Menteri
Pendidikan, Maszlee Malik dan timbalanya, Teo Nie Ching, kedua-dua
merupakan wakil rakyat dari Johor.
Sinchew Daily melaporkan, kain rentang itu antaranya memberi amaran
bahawa pengajaran seni khat akan membuka satu ruang yang mungkin membawa
kepada perubahan sistem sekolah Cina.
Dalam pada itu, Maszlee telah berjumpa dengan editor-editor kanan
media berbahasa Cina untuk memberi penjelasan mengenai isu itu.
Muka depan Sinchew Daily dan China Press pada Isnin melaporkan bahawa
Maszlee hanya menjawab “Ini soalan berdasarkan andaian” , apabila
ditanya sama ada seni khat akan dimasukkan sebagai soalan peperiksaan
pada masa depan.
Muka depan Kwong Wah Yit Poh pada Ahad pula melaporkan, netizen “mengebom” Nie Ching berhubung isu pengajaran seni khat Jawi. Kain
rentang bantahan dilaporkan muncul di kawasan Parlimen Menteri
Pendidikan, Maszlee Malik dan timbalanya, Teo Nie Ching, kedua-dua
merupakan wakil rakyat dari Johor.
Dalam pertemuan dengan editor, Maszlee menegaskan bahawa bahasa
Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan manakala tulisan
Jawi merupakan warisan penting dalam bahasa Melayu.
“Sebagai rakyat Malaysia, saya percaya tiada mana-mana masyarakat
termasuk masyarakat Cina yang akan meminta tulisan Jawi dalam jata
negara dan lambang polis dimansuhkan.
“Niat Kementerian Pendidikan adalah supaya rakyat pelbagai kaum dapat
memahami dan mengenali seni khat Jawi,” katanya dipetik Sinchew Daily.
Tambahnya, Kementerian Pendidikan mahu memperkenalkan Jawi kepada
murid dan tidak akan mewajibkan mereka menguasai tulisan itu atau
menjadi pakar tulisan itu.
“Kalau ada orang yang mahu menguasai Jawi, ini pilihan dia dan kami tidak akan melarang,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa DAP Wilayah Persekutuan, Fong
Kui Lun berkata, semua ahli jawatankuasa senada membantah seni khat
dalam pelajaran sekolah Cina dan Tamil. Seorang
lelaki membaling telur ke pusat komuniti ADUN Menglembu, Chaw Kam Foon
sambil mengeluarkan kata-kata kesat membantah keputusan kerajaan
memperkenalkan pembelajaran seni khat di sekolah rendah. Selain di Johor
bantahan turut dibuat di Perak.
Pengerusi Jawatankuasa DAP Sarawak, Chong Chieng Jen pula berkata,
sekolah Cina di Sarawak harus diberi pilihan untuk memutuskan sama ada
seni khat harus diajar atau sebaliknya.
Selain itu, timbul juga dakwaan dalam media sosial bahawa 11 Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Negeri Sembilan menyokong pengajaran
seni khat. Ketua Biro Kempen Masyarakat Sivik MCA, Ng Kian Nam telah
menggesa DAP Negeri Sembilan yang diketuai Menteri Pengangkutan, Anthony
Loke untuk memberi penjelasan.
Gerakan pula menggesa DAP Pulau Pinang menyatakan pendirian mengenai isu yang sama.
Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong juga membidas pemimpin DAP,
Lim Kit Siang kerana pernah membantah secara keras pembelajaran Jawi
dalam sekolah Cina pada 1984, tetapi kini menyokong perkara yang pernah
dibantahnya.
Kit Siang pada Ahad mengakui pernah mempelajari Jawi dan memberitahu
ia tidak menjejaskan beliau sebagai seorang keturunan Cina. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan