KUALA LUMPUR – Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa Lim Kit Siang hanya berlakon apabila Penasihat DAP itu mendakwa kena boo dalam satu majlis makan malam di Iskandar Puteri, Jumaat lalu.
Keadaan itu menyebabkan Kit Siang berucap dalam tempoh lima minit sahaja.
Menurut rakaman yang tersebar, keadaan di bawah pentas program riuh rendah dengan ada yang bersorak memberi sokongan selain bertepuk tangan, tetapi ada juga yang mengeluarkan suara boo.
Difahamkan, semasa kejadian, Kit Siang memberitahu bahawa beliau baru kembali dari India dan menyatakan negara itu kaya dengan kepelbagaian budaya dan bahasa.
Kit Siang mendakwa kena boo kerana isu khat dan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
“Jangan tertipu. Itu hanya lakonan. Selepas ini Kit Siang akan jumpa Mahathir dan Menteri Pelajaran dan beritahu mereka, “tengok, rakyat semakin marah, maka bila lagi nak iktiraf UEC?,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.
Mohd Puad mendakwa itu adalah taktik sama DAP dalam tulisan khat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang mana dakwanya, DAP menyuruh penyokongnya membaling telur ke pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Mengelembu dan kemudian membuat laporan polis.
“Ia jadi topik panas. Orang Melayu pun turut bantu viral video tersebut. DAP tunjuk video tersebut kepada Dr Maszlee Malik. Kabinet batalkan dan subjek itu hanya mata pelajaran “optional sahaja”.
“DAP pun tarik balik laporan polis terhadap Cina telur itu. Mission completed. Pemimpin Melayu dalam PH diperbodohkan oleh DAP rasis,” dakwa Mohd Puad. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan