Pemuda Isma gesa tindakan tegas elak perpecahan antara kaum

BANGI- Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hari ini menggesa Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan tegas terhadap Persatuan
Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) bagi mengelakkan perpecahan
dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Desakan
itu disuarakan selepas kumpulan pendesak Cina berkenaan merancang untuk
melancarkan petisyen menentang sukatan pelajaran tulisan jawi di sekolah
vernakular, walaupun Kementerian Pendidikan memberi jaminan bahawa ia tidak
akan menjadi subjek peperiksaan, selain dilaksana secara pilihan.
Exco
Penerangan Pemuda Isma, Muslim Abdullah Zaik berkata, tindakan tegas terhadap
kumpulan itu juga perlu sebagai pengajaran kepada gerakan rasis dan cauvinis
Cina yang lain.
“Pemuda
Isma menyeru Perdana Menteri haramkan Dong Zong. Pemuda Isma turut menyokong
kenyataan Tun M bahawa Dong Zhong sebuah persatuan yang rasis,” kata beliau
kepada Ismaweb.net.
Semalam,
Dr Mahathir menyifatkan pertubuhan Dong Zong sebagai rasis kerana tidak pernah
bersetuju dengan dasar pendidikan negara, termasuk berkaitan isu tulisan khat
serta jawi di sekolah.
Perdana
Menteri berkata, selain dalam isu berkenaan, kumpulan itu juga sebelum ini
membantah penubuhan Sekolah Wawasan.
“Dong
Zong ini rasis, kita buat sekolah satu kampus Sekolah Wawasan nak letak Sekolah
Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, SJK Tamil dan sekolah kebangsaan di dalam satu
kampus, mereka tidak mahu.
“Sebabnya
(mereka) takut anak-anak dia bercampur dengan Melayu, jadi dia tidak mahu.
Semuanya (yang dilaksanakan kerajaan) dia bantah, tidak pernah bersetuju dengan
apa pun,” kata beliau.
Sejak
dua minggu lalu, isu pengenalan tulisan khat atau jawi menerima bantahan ramai
pemimpin DAP serta dua pertubuhan mewakili pendidikan Cina, Dong Zong dan
Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong).
Baru-baru
ini, Dong Zong mengumumkan akan menggerakkan kempen mengumpul tandatangan untuk
menegaskan bantahan terhadap pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular.
Pengerusinya,
Tan Tai Kim berkata kempen itu akan mendapat sokongan daripada persatuan Cina,
lembaga pendidikan, persatuan ibu bapa dan guru dan kumpulan alumni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan