KUALA LUMPUR: Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pakatan Harapan
(PH) bersama sekutunya kini mempunyai sokongan 107 Ahli Parlimen di
Dewan Rakyat.
Selain kumpulan Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad, PH turut mendapat sokongan wakil rakyat Parti Warisan Sabah (Warisan), dakwa Anwar.
Selain kumpulan Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad, PH turut mendapat sokongan wakil rakyat Parti Warisan Sabah (Warisan), dakwa Anwar.
"Kita berkumpul dan kita capai satu persetujuan. Apa pun strategi harus bersama. Pembangkang harus teguh dengan pendirian mereka.
“Dan kecelaruan, kebobrokan dan rasuah itu dihentikan," katanya.
Pada Selasa, pemimpin PH bermesyuarat bersama Dr Mahathir dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Selepas mesyuarat yang berlangsung selama empat jam itu, hanya kenyataan ringkas dikeluarkan memaklumkan satu keputusan akan dimuktamadkan dalam masa seminggu.
Ada pemerhati dan penganalisis politik yang berpendapat PH Plus gagal mencapai apa-apa persetujuan selepas mesyuarat berkenaan sekali gus memberi bayangan hasrat PH kembali membentuk kerajaan menemui jalan buntu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan