HALAMAN SANTAI

Khamis, 11 Jun 2020

Parlimen ditutup buat orang awam dari 10 Jun hingga 31 Ogos

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Parlimen Malaysia ditutup kepada orang awam bermula 10 Jun hingga 31 Ogos nanti selaras pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Perkara itu dimaklumkan oleh ketua pentadbiran Parlimen Malaysia melalui kenyataan ringkas di Twitter, semalam.

"Selaras dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan PKPP di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 & Akta Polis 1967, Parlimen Malaysia ditutup kepada orang awam bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020," kata kenyataan itu.

Terdahulu, peraturan-peraturan di bawah PKPP yang mula berkuat kuasa semalam telah diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan.

Mengikut warta berkenaan yang kini boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Jabatan Peguam Negara, aktiviti yang dilarang dalam tempoh penguatkuasaan PKPP sehingga 31 Ogos.

Sementara itu Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata parlimen tetap akan bersidang pada 13 Julai.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar 

Kata beliau, kementeriannya sedang menyediakan rang undang-undang angkasa untuk mengawal selia aktiviti Malaysia di ruang angkasa seperti pelancaran satelit.

"Notis di bawah (tersebut) merujuk kepada orang awam (public gallery). Bukan (kepada) ahli parlimen. Parlimen akan bersidang," jelasnya yang juga anggota Parlimen Rembau.

Tiada ulasan: