HALAMAN SANTAI

Jumaat, 19 Jun 2020

Hina Agong: Tuduhan netizen Cina tak logik, membabi buta

fazleensafina


Seri Paduka bersantap bersama rakyat, bukannya di tempat mewah

BANGI– Tuduhan netizen Cina bahawa Yang di-Pertuan Agong sebagai ‘tidak boleh diharap’ dan ‘tidak prihatin akan kesusahan rakyat’ ketika sedang bersantap baru-baru ini disifatkan sebagai membabi buta.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, tuduhan ke atas Seri Paduka tiada kena mengena dengan situasi baginda yang menikmati juadah bersama rakyat kebiasaan.“Kalau baginda makan di tempat mewah dan mahal, sedangkan rakyat hidup dalam kesusahan, maka logiklah jika mahu beri teguran.

“Tetapi, tuanku santap di tempat biasa, di tempat rakyat marhaen,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Justeru, Kok Seong menggesa supaya netizen yang terbabit dalam kenyataan tidak berasas itu untuk diambil tindakan.

“Mereka menghina membabi buta tanpa ada kaitan langsung. Penghinaan ke atas tuanku memang sudah jadi satu kesalahan dan ia jelas memburukkan lagi keadaan,” tegasnya.

Sebelum ini, Ismaweb.net melaporkan terdapat segelintir netizen berbangsa Cina mengeluarkan komen ‘kurang enak’ dalam berita yang melaporkan mengenai tindakan Agong yang menyantuni rakyat.

Terdapat daripada mereka yang menyifatkan Agong sebagai ‘tidak boleh diharap’ dan ‘tidak prihatin akan kesusahan rakyat’.

Foto Seri Paduka sedang menikmati roti tempayan yang dihidangkan dalam pinggan, tanpa sebarang protokol dan penuh santai menjadi tular selepas dimuat naik laman Facebook Istana Negara.

Baginda ketika itu dilaporkan dalam perjalanan dari Program Ziarah Kurniaan Ampun Kasih ke Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Sungai Soi yang menempatkan 40 individu kurang bernasib baik.

Tiada ulasan: