SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana meminta dan menerima wang suapan berjumlah RM20,000.
Menurut sumber, suspek ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 5.30 petang tadi.
“Pegawai kanan berusia 40 tahun itu menerima dan meminta suapan daripada seorang pengadu sebagai balasan membantu dan mempercepatkan proses tuntutan bayaran insurans kemalangan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akra Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Jelasnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada pukul 9 pagi esok untuk permohonan reman.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. -SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan