HALAMAN SANTAI

Isnin, 1 Jun 2020

Tular mesej Tun M menghadap YDPA

Muhammad Azizul Osman
MGF27022020_TUN-HADAP-YDP03-681x454
Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba bagi menghadap
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – Satu mesej daripada aplikasi WhatsApp tular hari ini kononnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA)  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam mesej itu, Mahathir dipercayai akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sama ada hari ini atau esok.

“Tun Mahathir akan menghadap Agung hari isnin atau selasa untuk membawa 129 sokongan MP (ahli parlimen). Tun Mahathir kini memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan PH (Pakatan Harapan) semula,” menurut mesej berkenaan.

Dalam mesej itu, PH dikatakan mempunyai dua Timbalan Perdana Menteri (TPM) iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

“Dan perjanjian yang telah dipersetujui calon PM9 adalah Tun Mahathir (lima sokongan MP dari PPBM), akan ada dua TPM bakal dilantik iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim (34 sokongan MP PKR) dan Dato Seri Shafie Afdal (sembilan sokongan MP WARISAN),” kata mesej itu.

Bagaimanapun menurut sumber rapat dengan Mahathir, ia tidak benar namun dalam masa yang sama tidak menafikan perkara itu.- MalaysiaGazette


Tiada ulasan: