HALAMAN SANTAI

Isnin, 17 Ogos 2020

Bendera terbalik agenda komunis? Bermaksud terbalikkan negara?

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah 

 

Protes secara senyap komunis, bahaya pemikiran ini kepada negara

DAHULU tidak pernah kedengaran langsung insiden bendera terbalik, bucu bintang bendera menjadi lima (daripada 14), bendera dihitamkan warnanya dan berbagai lagi insiden terkutuk yang dilakukan ultra kiasu.

Berbanding hari ini, amalan yang selama ini tidak pernah berlaku sudah menjadi mainan.

Persoalannya, sengaja atau tidak?

Saya berani mengatakan ia secara sengaja dilakukan. Mustahil sama sekali tidak sengaja. Tidak pernah berlaku di negara lain, melainkan Malaysia.

Mulut berkata, sayangilah sawitku, sebaliknya hati berkata, hancurkan sawitku. Sebab itulah perlunya kembali kepada anugerah Tuhan.

Kenapa?

Pertama, tahun sebelumnya sudah terjadi, tahun lepas terjadi lagi, tahun ini makin menjadi-jadi, apakah ultra kiasu ini tidak mengambil tahu atau mengambil pengajaran? Ternyata, sengaja dilakukan, untuk ‘test market’. Pernahkah kita dengar yang protes bendera terbaik ini adalah dalam kalangan kuncu-kuncu ultra kiasu? Tidak bukan? Pemikiran komunis terus hidup. Cuba kaji, siapa yang protes? Ultra kiasu? Atau siapa?

Kedua, perbuatan ini sengaja dilakukan. Logiknya, mudah, lihat bendera Malaysia, orang bodoh pun boleh tahu mana atas mana bawah. Mana mungkin rakyat Malaysia tidak tahu tentang perkara asas hidup bernegara ini. Jika mereka berani ubah bucu bintang, hitamkan warna bendera. Mereka mampu lakukan lebih daripada itu.

Berani terbalikkan bendera China? Bendera Amerika?

Ketiga, sengaja dilakukan, supaya kerajaan hari ini runtuh agar komunis menjadi kuat dan menguasai. Ini kerana, kita adalah apa yang kita baca, we are what we read. Kita adalah apa yang kita makan, we are what we eat. Kita adalah apa yang kita lihat, we are what we see. Inilah spywar dan psyop ultra kiasu.

Fikirkan sejenak, apa yang dibaca, dilihat dan dimakan oleh ultra kiasu setiap hari? Apabila setiap hari kita memandang perkara yang sama, apakah ia tidak akan membentuk minda dan cara kita berfikir?

Ini adalah penerapan pemikiran komunis secara tidak langsung. Tindakan ini akan menguatkan ultra kiasu dalam menghadapi anak watan yang lemah.

Sow a thought, reap an action. Sow an action, reap a habit. Sow a habit, reap a character. Sow a character, reap a destiny.

Antara salah satu ciri komunis adalah revolusi mesti dilakukan secara terus menerus bagi tujuan menguasai. Dalam memastikan revolusi itu tidak mati, maka protes secara senyap dilakukan. Terbalikkan bendera. Jatuhkan yang sedia ada, agar yang baharu dapat menguasai.

Keempat, mustahil sama sekali ianya dilakukan oleh murid-murid SKJC, jika tidak guru atau ibu bapa mereka yang menyelia.

Mana mungkin guru-guru (guru besar) terlepas pandang? Mana mungkin guru-guru (guru besar) membiarkan murid berumur kurang 12 tahun menggantung bendera tanpa diselia.

Kelima, kita sudah merdeka lebih 60 tahun. Bendera negara dan Jata Negara berada di mana-mana. Mana mungkin boleh terlepas pandang?

Insiden penghinaan Jata Negara dengan mengubah ikon harimau kepada ikon buaya, terlalu jelas menunjukkan bahawa ultra kiasu ini bukan tidak sengaja melakukan, tetapi sengaja.

Keenam, kita bukan baharu merdeka, tetapi sudah lama. Sepatutnya sekian lama digantungkan dan dikibarkan, pasti ada murid atau guru-guru atau ibu bapa yang menegur. Selama digantung, jika bukan orang luar yang tegur. Sampai bila-bila bendera terbalik akan tergantung selama-lama.

Takkan guru besar (pengetua), guru-guru, tidak perasan. Maka sengaja dibiarkan.

Inilah protes secara senyap untuk hancurkan negara ini, untuk komunis menguasai.

Justeru, sudah sampai masanya tindakan tegas diambil.

Lucutkan kewarganegaraan mereka. Saya amat yakin, sekali kita lakukan dengan tegas, selamanya ultra kiasu tidak akan mengulangi. Percayalah.

Cara berhikmah dengan ultra kiasu sudah tamat. Sampai masanya kita bertegas. Kita mahu membina negara atau membina bangsa atau membina komunisme. Lakukan segera perubahan wahai pemimpin PN. Jangan kerana terlalu kemarukkan undi, kita terus beralah dan mengalah.

Saya ingin membawa ultra kiasu menghayati pepatah ini, agar kamu menghayati kata-kata ini agar tidak menjadi ultra kiasu.

With money you can buy a house but not a home. With money you can buy a clock but not time. With money you can buy a bed but not sleep. With money you can buy a book, but not knowledge. With money you can buy a doctor, but not good health. With money you can buy a position but not respect. With money you can buy blood but not life. With money you can buy sex but not love.

Nasihat saya, dalam kehidupan bernegara, benar, dengan wang kamu dapat membeli rumah, tetapi belum tentu kamu dapat membeli kehidupan, kebahagiaan dan keamanan.

Jangan kamu ingat dengan wang cukai yang kamu sumbangkan, pasukan keselamatan menjadi hamba.

Benar, dengan wang kamu dapat membeli jam yang mahal, tetapi belum tentu dapat membeli waktu, yang kamu gunakan dengan mengkhianati negara. Benar, dengan wang kamu dapat membeli tempat tidur mewah dan empok, tetapi belum tentu kamu dapat membeli tidur yang lena. Lenanya tidur kamu kerana ada orang yang bersengkang mata menjaga.

Benar, dengan wang kamu dapat membeli buku sebanyak mana pun, tetapi belum tentu kamu dapat membeli pengetahuan. Buku yang kamu beli tidak dapat mendidik kamu menjadi manusia.

Benar, dengan wang kamu dapat membeli doktor dan tinggal dalam hospital mewah, tetapi belum tentu kamu dapat membeli hidup sihat dan menongkat langit. Tiba masanya, kamu pasti akan pergi.

Benar, dengan wang kamu dapat membeli kedudukan tinggi, tetapi belum tentu kamu dapat membeli penghormatan.

Benar, dengan wang kamu dapat membeli darah, tetapi belum tentu kamu dapat membeli hidup dan terus hidup.

Benar, dengan wang kamu dapat membeli seks, tetapi belum tentu kamu dapat membeli cinta. Cintakan agama, cintakan negara, cintakan bangsa dan cinta sesama manusia tanpa mengira bangsa.

Benar, dengan wang kamu boleh melakukan apa sahaja, termasuk merasuah, untuk mendapatkan habuan, tetapi belum tentu kamu akan kekal senang dan tenang selama-lamanya.

Ingatlah, kesabaran setiap manusia ada hadnya. Sikap ultra kiasu ini akan menghancurkan diri kamu sendiri. Justeru, sempena bulan kemerdekaan ini, hiduplah dengan penuh keikhlasan. Jangan hipokrit. Sayangi Tuhan, sayangilah negaraku, baharulah akan terbit, sayangilah sawitku.

Tiada ulasan: