HALAMAN SANTAI

Selasa, 18 Ogos 2020

Kurang perpaduan dalam PN beri kelebihan kepada Warisan, kata penganalisis

Umno Sabah dipercayai berpecah antara Musa Aman dan Bung Moktar Radin.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata, ketidakupayaan Perikatan Nasional menyelesaikan masalah dalamanya di Sabah membuka jalan untuk Warisan menang dalam Pilihan Raya Negeri akan datang.

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, PN yang bersatu padu akan memberikan saingan sengit kepada Warisan dan sekutunya, namun masih wujud keraguan terhadap kemampuan Umno dan PPBM mengetepikan perbezaan mereka.

Katanya, persoalan juga timbul mengenai siapa bakal memimpin Sabah dengan bekas ketua menteri, Musa Aman dan ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin dikatakan pesaing utama.

“Musa mempunyai pengaruh lebih besar berbanding Bung; kemampuannya untuk mendapat sokongan majoriti ketika pembangkang bercakap mengenai pengaruhnya di Sabah,” kata Azmi sambil menambah sebagai ahli politik berpengalaman, kemampuan Musa dan Bung untuk bekerjasama akan menjadi asas PN yang kuat.

Azmi Hassan

Beliau berkata, PPBM dan Umno juga perlu menyelesaikan pembahagian kerusi yang akan dipertandingkan. PPBM tidak berada dalam kedudukan kuat untuk membuat tuntutan kerana kewujudan mereka di Sabah di bawah tanggungan Umno.

“PN perlu menunjukkan PPBM Sabah dan Umno benar-benar bebas daripada Putrajaya,” kata Azmi sambil menambah selagi kedua-dua parti itu mempunyai autonomi di Sabah, mereka akan mencari jalan untuk memastikan semua berjalan lancar.

Katanya, PRN Sabah penting buat Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi kerana cara beliau menyelesaikan pembahagian kerusi dan pemilihan calon tepat untuk memimpin Sabah akan memberi idea kepada ahli Umno mengenai kedudukan mereka dalam PN.

Awang Azman Pawi

Sementara itu, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, Umno perlu memilih wajah lebih baru berbanding memilih Musa yang sudah menerajui Sabah sejak sekian lama dan Bung yang berdepan perbicaraan rasuah.

Katanya, Warisan memiliki peluang lebih baik kerana mereka dilihat lebih bersatu.

“Untuk menang, PN perlu memastikan hubungan antara Umno dan PPBM kuat. Mereka juga perlu mengetepikan perbezaan mereka, tetapi ini tidak mudah apabila akar umbi mereka sependapat.”

Sabtu lalu, Pemuda PPBM dilaporkan diboo sayap Barisan Nasional di sebuah majlis di Tanjung Malim, Perak, hanya beberapa jam selepas Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu bersetuju menyertai Muafakat Nasional, pakatan antara Umno dan PAS.

Setiausaha Agung BN, Annuar Musa kemudiannya memohon maaf atas kejadian itu.

Dalam pada itu, Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, walaupun Warisan dan sekutunya dilihat lebih teratur serta bersatu berhubung calon ketua menteri mereka, masih ada banyak masa untuk pembangkang menyelesaikan isu mereka.

Tiada ulasan: