HALAMAN SANTAI

Sabtu, 15 Ogos 2020

PH sepentas dengan parti baharu Tun Mahathir

PH sepentas dengan parti baharu Tun Mahathir
Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dipilih sebagai calon PRK DUN Slim dan akan bertanding sebagai calon Bebas. - Foto Astro AWANI
 
SLIM: Meskipun belum didaftarkan secara rasmi, namun parti baru yang ditubuhkan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah mendapat sokongan daripada Pakatan Harapan (PH).

Spekulasi itu timbul selepas beberapa orang kuat PH seperti Presiden Amanah, Mohamad Sabu dilihat hadir ke majlis pengumuman calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim anjuran parti tersebut.
 
Turut kelihatan ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang; Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Naib Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub.

Dalam majlis ringkas tersebut, peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dipilih sebagai calon PRK DUN Slim dan akan bertanding sebagai calon Bebas memandangkan parti baru itu masih belum didaftarkan secara rasmi.
 
UMNO sebelum itu mengumumkan Pemangku Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK  DUN Slim hujung bulan ini.

BACASah, parti baharu Tun M pertaruhkan peguam di PRK DUN Slim

BACA: Mohd Zaidi diumum calon BN PRK Slim

Pengumuman dilakukan Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad dalam sidang media khas di Felda Residence Trolak, pada Rabu.

Baru-baru ini Timbalan Pengerusi PKR Perak Datuk MA Tinagaran menjelaskan keputusan untuk tidak bertanding di DUN Slim dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa negara yang masih berdepan dengan pandemik COVID-19.

PRK DUN Slim akan diadakan 29 Ogos berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lepas akibat serangan jantung.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Mahathir memberi bayangan bahawa nama parti baharu yang akan dibentuk dikenali sebagai 'Pejuang'.

BACA: 'Pejuang' nama parti baharu Dr Mahathir

Bekas perdana menteri yang juga bekas Pengerusi Bersatu itu mendedahkan perkara tersebut menerusi ciapan di akaun Twitter peribadinya dalam bentuk sajak pada Rabu.

Tiada ulasan: