Cinca on
KOTA
TINGGI : Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said
mendakwa pernah diberikan pelbagai habuan dan tawaran oleh pihak
tertentu agar lompat ke parti lain.
Bagaimanapun,
Azalina menegaskan, beliau tidak akan sesekali berbuat demikian dan
berjanji untuk terus setia dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN)
sehingga ke hari ini.
“Saya tidak keluar dan
tidak lari (daripada perjuangan UMNO), saya pegang janji saya kepada
orang Pengerang, kita hidup mati bersama, mereka ikhlas dengan
perjuangan saya dan saya juga ikhlas dengan perjuangan orang Pengerang,”
katanya ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum
Persefahaman (MoU) Projek Koop City Bandar Penawar di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Presiden PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim bahawa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan permintaannya
untuk menghadap Seri Paduka Baginda pada 13 Oktober ini.
Ahli
Parlimen Port Dickson itu berkata, tujuan menghadap itu adalah untuk
mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli
Parlimen yang kukuh.
Sebelum ini, Anwar
mendakwa beliau mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan iaitu
hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan untuk
dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Mengulas lanjut, Azalina yang juga Timbalan
Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, Seri Paduka Baginda akan membuat
keputusan terbaik dengan meletakkan kepentingan rakyat dalam menentukan
hala tuju politik di negara ini..
“Kita
tunggu Selasa ini tengok apa jadi. Selagi belum ada undang-undang
lompat parti, siapa-siapa pun boleh lompat parti. Kita boleh dengar
cerita lompat parti tiap-tiap minggu macam dalam cerita Hollywood atau
Bollywood.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan