HALAMAN SANTAI

Ahad, 11 Oktober 2020

Macam mana jadi menteri, tempoh senator saya sudah tamat? – Asyraf

Norlaile Abd Rahman
MGF100820_PC-PERGERAKAN-PEMUDA-UMNO-2-681x454
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan beliau tidak akan dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi dalam “Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim” kerana tempoh perkhidmatannya sebagai senator telah tamat.

Katanya, pembuat poster berkenaan sepatutnya membuat kajian terlebih dahulu dan merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau ya pun nak buat poster fitnah seperti ini, buatlah kajian terlebih dahulu.

“Nak sangat letak saya sebagai menteri kena tahu bahawa Perlembagaan tidak membenarkannya kerana tempoh Senator atau Ahli Dewan Negara saya sudahpun berakhir untuk dua penggal,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Untuk rekod, tempoh jawatan seseorang Ahli Dewan Negara adalah tiga tahun dan boleh dilanjutkan kepada dua penggal yang mana Dewan tidak terjejas dengan pembubaran Parlimen.

Asyraf dilantik sebagai Senator untuk penggal kedua pada Jun 2017.

Semalam, tular di media-media sosial mengenai senarai ahli Kabinet yang bakal dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong ketika Presiden PKR itu menghadap baginda, Selasa ini.

“Kabinet Anwar” itu mempunyai tiga Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Seri Shafie Apdal.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: