HALAMAN SANTAI

Ahad, 11 Oktober 2020

Sumpah keramat Piagam MN akan dipertahan

 ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR


SEBUAH
portal berita memuat artikel bertajuk “Not impossible for DAP to work with Umno, say analysts” iaitu ” Tidak mustahil DAP akan berkerjasama dengan Umno kata penganalisis”.

Menjelang 13 Oktober ini tarikh yang kononnya Anwar Ibrahim akan merobohkan Kerajaan PN, berbagai cerita dan analisis berterabur di ruang maya.

Anwar dikhabarkan akan menyembah bukti kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau punya cukup bilangan untuk merampas jawatan Perdana Menteri. Selain gerombolan Pakatan Harapan dibelakangnya Anwar dikatakan bakal mendapat sokongan dari MP Umno, itulah yang dijaja merata.

Maka timbullah isu sama ada DAP iaitu parti terbesar dalam langkah ‘Mat Jenin’ ini bersedia terima wakil Umno memandangkan mereka sebelum ini terbuka menyumpah dan memaki hamun Umno.

Ramai penganalisa meramalkan DAP sanggup menjilat ludah mereka demi kuasa dan kedudukan. DAP boleh mensucikan sesiapa sahaja yang ia kehendaki asal kembali berkuasa.

Namun soalnya apakah ada rakan-rakan dalam Umno yang tergiur untuk bersekongkol dengan parti yang sebelum ini diakui sebagai ancaman kepada nasib dan masa depan umat Melayu Islam dan negara?

Adakah yang sanggup mengkhianati perjuangan tergamak berpelukan dengan DAP semata-mata kerana pangkat?

Kita yakini tidak.

Sejak termeterainya Piagam Muafakat Nasional yang telah menyatukan agenda parti-parti politik Melayu Islam terbesar dalam negara, Umno dan PAS telah bersama berikrar akan berkerjasama memartabatkan agama, bangsa dan negara, kaduk sekali-kali tidak akan diizinkan kembali naik junjung.

Siapa sahaja dalam PAS dan Umno yang telah bersumpah dengan piagam keramat MN sekali-kali tidak akan meruntuhkan apa yang telah dibina lalu dicap pengkhianat oleh anak-cucu.

Biarlah Mat Jenin lemas tenggelam dalam angan-angannya.

Tiada ulasan: