HALAMAN SANTAI

Isnin, 12 Oktober 2020

Shamsul nafi dakwaan Lokman bakal letak jawatan menteri


Bekas ahli UMNO, Dato Lokman Noor Adam mendakwa Dato’ Dr. Shamsul Anuar Bin Nasarah bersedia melepaskan Menteri Tenaga Dan Sumber Asli bagi mengelak UMNO dari terus dibuli.

Bagaimana pun sumber pejabat Shamsul yang dihubungi oleh SuaraTV menafikan Dr Shamsul pernah bercakap sedemikian kepada Lokman atau mana-mana pihak.

Malah menurut sumber tersebut selagi UMNO dan Barisan Nasional kekal dalam kerajaan Perikatan Nasional, maka selagi itu Dr Shamsul akan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau.

Semalam, Lokman yang dipecat dari UMNO Februari lalu menyatakan “Saya tahu seorang menteri Shamsul Anwar Nasarah, bersedia untuk meletakkan jawatan daripada kerajaan, dan menghentikan pembulian yang dibuat oleh Muhyiddin Yassin.” – SuaraTV
 
LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: