HALAMAN SANTAI

Jumaat, 16 Oktober 2020

Terbuka sokong PH tanpa agenda

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
Aminolhuda Hassan

JOHOR BAHRU : Pelawaan kepada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor untuk menyokong Pakatan Harapan (PH) adalah terbuka tanpa mempunyai sebarang kepentingan peribadi.

Pengerusi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, perkara itu penting dalam usaha mengekalkan mandat rakyat yang diberikan sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Katanya, kestabilan politik akan dapat memberi jaminan ekonomi negeri terutamanya dalam suasana Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia dan membantu rakyat daripada segi peluang pekerjaan.

“Semalam dilaporkan terdapat satu kenyataan di mana telah mendakwa bahawa saya sebagai Pengerusi PH bersedia untuk bersama Umno dalam membentuk kerajaan negeri Johor ini. Saya ingin menyanggah kenyataan tersebut kerana apa yang didakwa itu tidak benar sama sekali.

“Wartawan tersebut bertanya saya, saya telah menyatakan bahawa pembentukan kerajaan boleh dibuat dengan mengadakan kerjasama dengan mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) secara individu yang bersetuju menerima konsep PH plus bukan bersama parti secara en bloc seperti didakwa,” katanya dalam kenyataan.

Menurut ADUN Parit Yaani, beliau mengulangi pendiriannya seperti sebelum ini bahawa pembentukan tersebut dilakukan atas dasar keinginan ADUN yang mahu membentuk kerajaan secara stabil.

“Bukannya dalam keadaan sekarang ini di mana kerajaan di Johor terbentuk berdasarkan majoriti yang terlalu tipis,” katanya.

DAP Johor hari ini terkejut dengan kenyataan seorang pemimpin PH berhubung pelawaan kerjasama pihak itu dengan UMNO bagi membentuk kerajaan negeri. 

Parti itu dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PH Johor. 

Kelmarin, UMNO menerusi mesyuarat biro politik majlis tertinggi parti itu mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan PN yang kini merupakan kerajaan pusat.

Parti itu memberi syarat baharu kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin. -UTUSAN

Tiada ulasan: