HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 November 2020

Ambil tindakan jika kebiadaban UMANY didalangi orang politik – GPMS

MGF01112020_GPMS-WP-LAPORAN-POLIS01
Timbalan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Wilayah Persekutuan (GPMSWP), Mohd Faizan Alias bercakap kepada media selepas membuat laporan polis berhubung kenyataan biadap University of Malaya Association of New Youth (UMANY) terhadap institusi diraja di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI,

KUALA LUMPUR – Lebih 5,000 ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di seluruh negara mengutuk sekeras-kerasnya tindakan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) mengeluarkan kenyataan biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di Facebook.

Meskipun kenyataan yang dikeluarkan itu sudah ditarik balik selepas dikecam pelbagai pihak, namun tindakan pihak terbabit telah mengundang kemarahan ramai khususnya masyarakat Melayu.

Timbalan Pengerusi GPMS Wilayah Persekutuan, Mohd Faizan Alias berkata, tindakan UMANY itu sangat melampau kerana ia menyentuh asas Rukun Negara di mana mereka telah dengan sengaja memperlekeh Agong serta sistem raja berpelembagaan.

Katanya, dengan cara memuat naik status di laman sosial dan menyebut perkara bahawa Agong tidak wajar mencampuri urusan negara ia jelas menunjukkan bahawa pihak terbabit gagal memahami prinsip sistem berperlembagaan itu.

“Yang diPertuan Agong ini menjadi satu institusi yang mengimbangi ahli-ahli politik dan seluruh rakyat Malaysia.

“GPMS melihat perkembangan politik pun sudah tidak stabil. Jadi, kami harap Yang diPertuan Agong beri nasihat bukan mencampuri dan baginda sememangnya layak.

“(UMANY) tidak boleh mengeluarkan kenyataan seperti ini kerana ia seolah-olah menghasut rakyat,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wang di sini, hari ini.

Artikel berkaitan: Pertikai YDPA: Universiti Malaya kutuk, siasat kenyataan UMANY

Tiada ulasan: