Fareez Azman
Setiausaha
Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Barisan Nasional
(BN) tetap
dengan sokongan bersyarat Belanjawan 2021 dan mengharapkan dua
perkara
utama dapat dibawa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Barisan Nasional (BN) berharap dua perkara utama yang dicadangkan dapat
diangkat Menteri Kewangan dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang
Perbekalan 2021 pada Khamis ini.
Demikian
jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan selepas Mesyuarat
Menteri BN bersama Presiden UMNO di Ibu Pejabat UMNO pada Isnin.
Ujarnya, BN menzahirkan sokongan bersyarat itu dalam Belanjawan 2021.
"Adakah
sokongan Belanjawan 2021 oleh BN turut dibincang? Ya, itu dibincangkan
dan mengenai Belanjawan 2021, tentunya kita masih lagi menyatakan kita
menyokong Bajet.
"Sokongan kita juga memohon agar dua permohonan utama (moratorium dan pengeluaran RM10,000 KWSP secara one-off) akan diluluskan dan kita ada beberapa hari lagi untuk dipertimbangkan Menteri Kewangan," jelasnya lagi.
Pada
10 November lalu, Pengerusi BN yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk
,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Sidang Dewan Rakyat antara lain
menyatakan sokongan bersyarat BN terhadap Belanjawan 2021.
Dua
perkara utama telah dibawa iaitu memohon kerajaan meluluskan
pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000
secara 'one-off' dan supaya moratorium dilanjutkan hingga 30 Jun 2021.
Dalam
perkembangan berkaitan, Ahmad Maslan turut menyatakan bahawa Mesyuarat
Menteri BN bersama Pengerusi BN akan dijalankan setiap dua minggu
selepas ini.
"Kita akan mengadakan mesyuarat bersama Menteri BN dan Presiden BN ini dua minggu sekali, dan itu adalah keputusan dibuat tadi.
"Setiap
dua minggu sekali, Presiden dan saya akan bertemu dengan Menteri BN
untuk berbincang dasar kerajaan yang boleh memberikan input dari parti
kepada menteri-menteri BN," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan