BADAN Perhubungan PAS Negeri Johor (PAS Johor)
mengambil maklum bahawa terdapat beberapa PAS kawasan di Johor yang
telah menerima permohonan keahlian baharu daripada ahli atau bekas ahli
PAN.
Terbaharu adalah di kawasan Bakri yang menerima dua ahli PAN
yang sebelum ini adalah merupakan aktivis PAS. Begitu juga di kawasan
Kluang, Pagoh dan beberapa kawasan yang telah menerima permohonan
tersebut. Sebahagian daripada mereka telah diterima dan diluluskan oleh
PAS Pusat dan sebahagian daripada mereka masih ditapis dan diteliti di
peringkat PAS kawasan.
Seperti mana yang telah dinyatakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin pada bulan Februari yang Ialu bahawa PAS bersedia menerima ahli PAN yang insaf untuk kembali semula kepada PAS maka PAS Johor juga tidak berkeberatan untuk membuka pintu kepada ahli PAN untuk kembali kepada PAS.
Di dalam proses penelitian untuk penerimaan keahlian baharu, PAS Johor menyerahkan kepada PAS kawasan untuk melaksanakan tindakan yang seterusnya.
Sekian. Wassalam.
“Islam Memperkukuh Perpaduan”
“Makmur Johor”
Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan