HALAMAN SANTAI

Sabtu, 21 November 2020

Pas saran perkasa tulisan Jawi ke seluruh negara.

Shawaliah Hadir
MGF24062019_PC-BANTAH-PPSMI_10
Kamaruzaman Mohamad

KUALA LUMPUR – Pas menyarankan agar pemerkasaan tulisan Jawi dilaksanakan ke seluruh negara.

Dalam masa yang sama Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berharap cadangan itu tidak dibantah oleh mana-mana pihak.

Jelas beliau, dalam dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 menyebutkan bahasa Melayu adalah Bahasa kebangsaan – bahasa utama dan rasmi, manakala tulisan dalam bahasa Melayu pula adalah tulisan Jawi dan Rumi.

“”Seluruh rakyat tanpa mengira bangsa mestilah bersama-sama mendukung usaha memperkasakan penggunaan tulisan Jawi agar tidak hilang ditelan zaman kerana ia merupakan identiti berharga kepada negara,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, beliau menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan ADUN Tras, Chow Yu Hui yang isu mencabar penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda dan iklan di negeri berkenaan.

Lantaran itu, Kamaruzaman menyeru agar kerajaan negeri yang lain mengikuti jejak langkah kerajaan Negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu dalam usaha kuatkuasakan penggunaan tulisan Jawi.

Pada 17 November lalu, Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz juga memerintah Yu Hui, 37, selaku plaintif untuk menjelaskan kos, masing-masing RM5,000 kepada Majlis Daerah Raub (MDR) dan kerajaan negeri Pahang, yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu.

Pada penghakimannya, Zainal Azman  berkata, mahkamah tidak perlu campur tangan dalam polisi penggunaan tulisan Jawi yang diwajibkan mulai 1 Januari 2020 kerana sudah diputuskan oleh kerajaan negeri mengikut tatacara yang betul.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: