
KUALA LUMPUR – Satu surat tersebar di media sosial yang mendakwa Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2021 pada 26 November ini.
Surat Ahli Parlimen Gua Musang dan veteran UMNO itu ditujukan kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.
Dalam surat tersebut, Tengku Razaleigh atau Ku Li menyatakan dirinya tidak akan mengambil bahagian dalm sesi perbahasan yang sedang diadakan di Parlimen.
“Memandangkan kerajaan sekarang masih belum disahkan melalui sidang Dewan Rakyat, saya terikat dengan sumpah (ahli Parlimen) yang dilafazkan sebelum ini maka saya tidak boleh mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan,” memetik kenyataan di surat berkenaan.
Bagaimanapun tidak ada pengesahan berkenaan surat itu dari Ku Li mahu pun Azizan Harun setakat ini.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan