HALAMAN SANTAI

Khamis, 5 November 2020

Tajuddin dilantik Pengarah Pilihan Raya UMNO PRU-15

MGF250820_KETIBAAN-TREN-BAHARU-5
Tajuddin Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).

Keputusan itu dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi surat rasmi pelantikan yang dikeluarkan pejabat UMNO Malaysia, hari ini.

“Sukacitanya, saya ingin memaklumkan Datuk Seri (Tajuddin) telah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya (PRU 15) UMNO berkuatkuasa 4 November 2020,” katanya memetik kandungan surat berkenaan.

Bagaimanapun, skop tugasan dan tanggungjawab yang akan dipikul Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak itu akan dimaklumkan kemudian.

“Saya percaya, Tajuddin dapat memberikan komitmen dan melaksanakan tanggungjawab ini, seterusnya membantu kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU 15 akan datang,” kata Ahmad Zahid. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: