Isabelle Leong
DR
MAHATHIR: Saya berharap Menteri Kewangan dan pemimpin-pemimpin
Kerajaan
yang di dalam keresahan kehilangan kuasa berhenti dari mengeluar
kenyataan yang tidak berasas, yang menakut-nakutkan rakyat semata-mata
untuk kelangsungan politik mereka.
KUALA LUMPUR:
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada asas untuk
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan
mana-mana pemimpin kerajaan mengugut ahli-ahli Parlimen meluluskan
Belanjawan 2021 dengan alasan penjawat awam dan petugas barisan hadapan
tidak akan menerima gaji, pencen dan elaun.
Dr
Mahathir berkata berdasarkan pengalamannya sebagai perdana menteri pada
1999, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.
“Semasa
saya menjadi Perdana Menteri pada 1999, Belanjawan 2000 yang telah
dibentangkan pada bulan Oktober tidak diteruskan perbahasannya kerana
Parlimen telah dibubarkan pada November tahun itu untuk pilihan raya
umum ke-10 diadakan.
“Setelah pilihan
raya selesai, kerajaan dengan mandat baharu telah mendapat kelulusan
Dewan Rakyat untuk peruntukan awal bagi perbelanjaan kerajaan untuk dua
atau tiga bulan sementara menunggu Persidangan Khas Belanjawan diadakan
pada Februari 2000.
“Peruntukan
awal tersebut memastikan perbelanjaan pentadbiran tidak terganggu dan
gaji, pencen serta elaun penjawat awam tidak terjejas.
"Ia
juga termasuk pembayaran untuk peruntukan-peruntukan tambahan yang lain
sama ada untuk kementerian-kementerian ataupun untuk memudahkan
kehidupan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tegas
Ahli Parlimen Langkawi itu, Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain
amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan
bertujuan menekan ahli-ahli Parlimen lain untuk meluluskan Belanjawan
2021 walaupun ia merupakan "belanjawan yang banyak kekurangan dan
keburukannya."
“Kenyataan itu secara
langsung bertujuan mengekang ahli-ahli Parlimen dari melaksanakan
tanggungjawab untuk memastikan Belanjawan itu adalah untuk kepentingan
rakyat dan bukan kepentingan politik parti yang memerintah.
“Berdasarkan
kenyataan Menteri Kewangan dan pemimpin kerajaan yang lain, jika
Belanjawan itu ditolak, rakyat dan penjawat awam akan menderita akibat
dari sikap ahli-ahli Parlimen yang menolak Belanjawan 2021.
“Jika itulah pendirian Menteri Kewangan dan pemimpin kerajaan, ia bermakna ahli-ahli Parlimen perlu memberi ‘blank cheque’ dan menyokong untuk kelulusan Belanjawan itu walaupun terdapat kecacatan yang nyata dalam Belanjawan tersebut,” katanya.
Beliau
berharap Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan berhenti mengeluar
kenyataan yang tidak berasas yang menakutkan rakyat semata-mata demi
kelangsungan politik mereka.
Pada 14 November lalu, Tengku
Zafrul berkata kerajaan tidak akan dapat membayar segala komitmen
termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus
memerangi COVID-19 sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat.
Pada
6 November lalu, Tengku Zafrul membentangkan Belanjawan 2021 dengan
peruntukan terbesar dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM322.5 bilion.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan