PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata tidak akan ada “belanjawan perpaduan” 2021 jika kerajaan menolak 6 cadangan utama Pakatan Harapan untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan, dan ekonomi rakyat.
Beliau mengulangi seruan semua pihak perlu bekerjasama untuk merumuskan suatu “belanjawan perpaduan” yang boleh membantu rakyat mengharungi kemelesetan ekonomi ekoran wabak Covid-19.
Lim mengingatkan proses rundingan belanjawan bukan penyataan sokongan kepada atau menerima keabsahan politik dan moral pentadbiran Perikatan Nasional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan