Irwan Muhammad Zain
Tengku
Razaleigh menyanggah pandangan sesetengah pihak yang beranggapan
bahawa
mereka yang berusia 18 tahun belum matang untuk turut serta dalam
menentukan kepimpinan negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar anak
muda yang berusia 18 tahun dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Umum
ke-15 (PRU15) nanti.
Beliau membuat
gesaan itu kerana ia sejajar dengan pindaan Perlembagaan yang dilakukan
untuk membolehkan golongan tersebut terlibat dalam proses demokrasi
negara.
Tengku
Razaleigh menyanggah pandangan sesetengah pihak yang beranggapan bahawa
mereka yang berusia 18 tahun belum matang untuk turut serta dalam
menentukan kepimpinan negara.
"Saya
percaya mereka yang berumur 18 tahun sudah dewasa kiranya dan mereka
tahu apa akibatnya kalau tidak membuat keputusan yang bijak. Saya
percaya mereka akan membuat keputusan yang bijak.
"Jadi
peraturan benarkan umur 18 tahun mengundi ini kita tentukan dalam
Perlembagaan, kita bersusah payah melobi, buat penerangan dan sebagainya
untuk meminda Perlembagaan untuk bagi hak mengundi.
"Sekarang
ini tidak mahu bagi pula? Ini pada saya satu tapak nak maju, dua tapak
nak ke belakang. Saya rasa tak patut, mereka sudah sah kita beri hak,
sepatutnya tidak halang mereka untuk mengundi," katanya kepada Astro AWANI.
Rang
Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 mengenai had umur mengundi
yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 16 Julai 2010 dan di Dewan Negara
pada 25 Julai 2019.
Namun, Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) memaklumkan pendaftaran pemilih automatik dan
kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanakan
selepas 1 September tahun depan.
Terdahulu,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk
Seri Takiyuddin Hassan menasihati semua pihak agar memberikan masa dan
ruang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam melaksanakan penurunan
had usia undi minimum pada usia 18 tahun.
Jelasnya,
terdapat beberapa prosedur yang masih perlu diselesaikan termasuk
berkaitan kawasan mengundi yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan