HALAMAN SANTAI

Rabu, 31 Mac 2021

Tun Faisal serah surat rayuan kepada Zahid esok

Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz bercakap kepada media selepas menerima keputusan digantung keahliannya dalam UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 28 MAC 2021.
Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz bercakap kepada media selepas menerima keputusan digantung keahliannya dalam UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR –  Timbalan Ketua Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz akan mengemukakan sendiri surat rayuan terhadap penggantungan keahliannya kepada   Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi esok.

Tun Faisal berkata, belia akan ke Pejabat Presiden UMNO di PWTC untuk menyampaikan sendiri surat rayuan itu.

“Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Datuk Sumali, SUK (Setiausaha Kerja) UMNO dan berharap dapat menyerahkan surat ini sendiri kepada Presiden,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa telah digantung keahliannya pada Sabtu lalu.

Beliau sebelum ini menyifatkan penggantungan keahliannya selama enam tahun adalah pelik dan menimbulkan banyak spekulasi.

Tun Faisal dalam kenyataannya mendakwa tindakan yang dihadapinya itu adalah satu kekhilafan dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tidak diberikan gambaran sebenar mengenai fakta kes beliau.

“Mereka tidak diberikan kesempatan untuk membaca dan meneliti hujah-hujah pembelaan saya, serta hanya bergantung kepada kesimpulan yang diberikan oleh Lembaga Disiplin.

“Anggota MKT hanya diminta mengesahkan laporan yang diberikan dan dibentangkan di dalam mesyuarat MKT yang lepas.

“Semoga kali ini MKT akan dapat benar-benar membaca dan meneliti hujah-hujah pembelaan yang saya sampaikan dan mempertimbangkan rayuan saya,” katanya lagi.

Tun Faisal sebelum ini telah diarahkan mengemukakan surat jawapan balas kepada Lembaga Disiplin UMNO.

Arahan tersebut berhubung kenyataan terbukanya yang dilihat menentang presiden parti. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: