HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Mac 2021

Kata-kata Muhyiddin bukti Bersatu dan UMNO tidak boleh bersama

MGF28032021_PAU-UMNO30
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ashraf Wajdi Dusuk bercakap kepada media selepas Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terbukti tidak boleh lagi bersama dan bekerjasama, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, ia terbukti apabila Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, parti itu akan bertanding di semua kerusi yang UMNO.

Justeru beliau menyifatkan, penegasan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu, adalah penejalasan yang wajar.

Asyraf yakin penegasan parti itu hari ini adalah yang dinanti-nantikan oleh Pas.

“Sebenarnya Pas pun menantikan apakah pendirian UMNO hari ini, mereka berharap UMNO dan Bersatu dapat diselamatkan tapi saya kira sebagaimana kenyataan Tan Sri Muhyiddin semalam dengan berkata Bersatu akan bertanding di semua kerusi UMNO itu jelas UMNO dan Bersatu tidak boleh bersama.

“Sebab kita daripada awal kita mengatakan 2 Mac sejurus sahaja kita Mesyuarat MKT, kita mengatakan kita memang menyokong kerajaan hanya sehingga PRU-15 tidak lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita bagi mengulas Ucapan Dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Ditanya sama ada perlukah Pas memberi penjelasan sama ada mahu bersama Bersatu atau UMNO, Asyraf berkata, ia terpulang kepada parti berkenaan bagi memperincikannya.

“Kita tidak boleh memaksa, Pas ada hak berbincang hal dalaman Pas. Cuma UMNO ada hak menyatakan pendirian,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan: