HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Mac 2021

Bukan besar sangat pun jawatan berbanding perjuangan UMNO – Tajuddin

MGF_28032021_PERHIMPUNAN-AGUNG-UMNO_42
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman selepas pada Perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2020) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto SYAFIQ AMBAK

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sedia melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana sekiranya parti itu secara rasmi  meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, jawatannya dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak boleh dibandingkan dengan perjuangan bersama-sama UMNO.

“Mesti (bersedia lepaskan jawatan) tidak ada masalah. Bukan besar sangat pun jawatan itu, perjuangan UMNO, perjuangan parti lebih besar lagi daripada segala-segalanya,” katanya kepada pemberita.

Bagi pemimpin UMNO yang enggan melepaskan jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Tajuddin memberi amaran mereka akan dipecat.

“Ini masing-masing punya hati perut, tapi kalau parti sudah buat keputusan nanti, sebagai ahli parti apa jawatan pun kena ikutlah kalau tidak maknanya dia tidak bersama dengan parti.

“Jadi kesannya akibat situ, faham-fahamlah orang yang menentang parti tidak mendukung keputusan yang dibuat parti sama ada dia keluar sendiri atau dia terpaksa dikeluarkan, sepatutnya begitulah disiplin parti itu,” tambahnya.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung 2020 hari ini menegaskan, parti itu boleh menarik diri daripada PN bila-bila masa sekiranya tidak ada indikasi untuk mengadakan pilihanraya dalam waktu terdekat. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: