HALAMAN SANTAI

Rabu, 31 Mac 2021

Menteri UMNO bertekad bersama kerajaan sekarang – Dr Adham


PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengeluarkan kenyataan pagi ini yang sangat telus dan berharga, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurut Ketua Penerangan UMNO Johor itu, semua pihak sebenarnya mempunyai tugas yang besar daripada segala-galanya iaitu memastikan bahawa pengurusan negara dalam menangani wabak COVID-19, pemulihan ekonomi dan sebagainya.

“Untuk itu, kekal kita (menteri-menteri UMNO) dalam Kabinet dan juga kerajaan untuk membantu negara dan perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

“Menteri-menteri daripada UMNO sebenarnya bertekad untuk bersama-sama dengan kerajaan sekarang ini, memastikan semua yang telah kita gariskan untuk dilaksana, dilaksanakan,” kata beliau hari ini.

Dr Adham Baba

Tambah Dr Adham, pertama sekali, perkara ini diputuskan hanya untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sahaja.

“Sebelum itu kita masih lagi untuk bersama-sama memastikan tanggungjawab yang diberikan.

“Ini terutama kepada Menteri UMNO seperti Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri yang menguruskan kebanyakan isu keselamatan, saya sebagai Menteri Kesihatan yang menguruskan kes-kes menangani hal ehwal pandemik COVID-19 dan juga pengurusan kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam program vaksinasi dan menteri-menteri lain yang bertanggungjawab sepenuhnya.

“Sama-sama kita laksanakan agenda nasional Malaysia Sihat dan juga titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong supaya kita memperkasakan komuniti. Itu sangat penting dan perlu diberi keutamaan.

“Jadi kita akan look forward untuk melaksanakan tanggungjawab,” ujar Ahli Parlimen BN Tenggara itu.

Tiada ulasan: