LICIK betul ultra kiasu membuat perbandingan. Sedap betul bapa ultra kiasu membidas
Presiden PAS, katanya, Presiden PAS jahil kerana tidak mengendahkan
hakikat bahawa pengundian pada usia 18 semakin menjadi norma di dunia,
terutama di kalangan negara anggota Pertubuhan Organisasi Negara-negara
Islam (OIC).
Bapa ultra kiasu merujuk Undi18 kepada
negara OIC seperti Arab Saudi, Iran, Iraq, Turki, Jordan, Algeria, Libya
dan Palestin sebagai negara yang mempunyai peraturan tersebut. Kenapa
hanya bandingkan bab Undi18 sahaja, kenapa tidak bandingkan sistem
perundangannya bersekali.
Bila tiba bab yang menyebelahi mereka, dia banding. Ultra kiasu ini hanya banding satu aspek sahaja iaitu Undi18, perkara yang menyebelahi dia. Kenapa tak ikut yang lain? Nampak tak bagaimana liciknya ultra kiasu?
Satu lagi pertanyaan saya, kenapa bandingkan dengan negara-negara Islam dan negara-negara yang bersifat Homogenous. Bandinglah dengan negara-negara berbilang kaum di dunia ini seperti kerencaman kaum di Malaysia.
Negara-negara sebangsa ini (Homogenous) pi mai, pi mai tang tu juga. Masalahnya negara berbilang kaum yang mempunyai sejarah penghijrahan, kedatangan bangsa luar. Tak banyak negara seperti Malaysia di dunia ini bukan? Kebanyakan negara di dunia ini bersifat sebangsa. Jika ada pun bangsa lain, semua telah diasimilasikan.
Bila kita cadangkan Malaysia mengamalkan asimilasi. Bukan main lagi dia menentang. Atas alasan, kita mengamalkan integrasi, bukan asimilasi. Mati-mati ultra kiasu pertahankan integrasi, menolak secara total asimilasi.
Sedangkan majoriti negara dunia lain memaksakan asimilasi ke atas bangsa yang mendatang. Kenapa kita tidak ikut Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan negara-negara lain di dunia dalam mengasimilasikan pendatang-pendatang.
Bila perkara menyebelahi ultra kiasu, dia akan cari seribu macam alasan untuk menjustifikasikannya. Bila tidak menyebelahi dia, ultra kiasu tidak pandang langsung negara-negara Islam OIC. Wahai rakyat Malaysia, bukalah mata, bukalah minta. Ultra kiasu ini sangat bahaya dalam mencari peluang politik di negara kita.
Ultra kiasu ini mahu berkuasa kembali setelah cukup bersedia
dengan pengikut-pengikut yang berusia 18 tahun untuk mengundi.
Percayalah! Sekiranya Undi18 dilaksanakan dalam PRU15, pasti ultra kiasu akan
memenangi lebih banyak kerusi kerana anak-anak mereka telah
‘ditarbiyyah’ dengan baik untuk terlibat secara langsung dalam politik
terutama mengundi. Sedangkan anak-anak kita masih sibuk dengan dadah, Tik Tok, ekzos bising dan sebagainya. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan