HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 Mac 2021

Saya pegang jawatan Pengerusi Prasarana sampai Parlimen bubar – Tajuddin

Shawaliah Hadir
MGF_29032021_TAJUDDIN-LAWATAN-KERJA_01
Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman melakukan lawatan kerja ke tapak projek ’U-Trough Casting Yard’ untuk melihat kerja-kerja pemasangan U-Girder di Bandar Saujana Putra, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK

KUALA LANGAT – Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan kekal menjadi Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad sehingga Parlimen dibubarkan.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, untuk tempoh itu, beliau akan berusaha membantu pihak pengurusan Prasarana untuk menjadi penyedia perkhidmatan pengangkutan yang terbaik dalam negara.

“Saya akan berada dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan sebab ia pendirian parti.

“Jadi, seberapa lama saya akan jadi dalam kerajaan, sokong kerajaan, ia bergantung berapa lama masa diambil untuk Parlimen dibubarkan. Kalau esok saya terkeluarlah daripada kerajaan.

Good bye Prasarana masa itu tapi kalau sampai bulan Ogos, sampai bulan itulah. Kalau tahun depan, sampai tahun depanlah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke ke Kilang Pengacuan U-through Girder di Saujana Putra dekat sini hari ini.

Semalam, Tajuddin berkata beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Prasarana sekiranya parti itu secara rasmi meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Jelasnya, jawatannya dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak boleh dibandingkan dengan perjuangan bersama-sama UMNO.

“Apa saya nak buat dalam tempoh sampai ke pilihan raya? Saya akan cuba yang terbaik untuk tolong pasukan pengurusan Prasarana, kakitangan sebaik mungkin untuk melaksanakan pelbagai program untuk menjadikan Prasarana sebagai penyedia perkhidmatan pengangkutan yang terbaik,” katanya.

Untuk rekod, Ahli Parlimen Pasir Salak itu dilantik menjadi Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad pada 11 Mei 2020.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: