HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Mac 2021

Apa tak wajarnya gesaan Zahid suruh menteri UMNO letak jawatan?

The Chairman of Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman visits the project site of ’U-Trough Casting Yard’ to witness the installation of U-Girder at Bandar Saujana Putra, Selangor. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette /29 MARCH 2021
Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), Datuk Seri 
Tajuddin Abdul Rahman bercakap selepas melakukan lawatan kerja
ke tapak projek ’U-Trough Casting Yard’ untuk melihat kerja-kerja
pemasangan U-Girder di Bandar Saujana Putra, Selangor.
Foto SYAFIQ AMBAK

KUALA LANGAT – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menempelak Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan Presiden UMNO yang mencabar sesiapa dalam parti untuk meletakkan jawatan sebagai menteri sebagai tidak wajar.

Sebaliknya jelas beliau, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhak membuat gesaan demi memastkan tiada ‘duri dalam daging’ dalam kalangan ahli parti berkenaan.

“Apa pasal tidak wajar? Dia (Annuar Musa) kena bagi sebab apa pasal tidak wajar?

“Kewajaran di pihak presiden berkata demikian kerana UMNO tidak mahu ada duri dalam daging, gunting dalam lipatan. Apa faedahnya? Apa untungnya? Api dalam sekam.

“Jadi presiden membuat keputusan begitu sebab kita mahu sebuah parti yang utuh, kukuh, kuat. Bebas daripada musuh-musuh dalam selimut. Barah-barah ini, penyakit-penyakit,” katanya ketika sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Kilang Pengacuan U-through Girder di Saujana Putra dekat sini hari ini.

Tambah Tajuddin, UMNO perlu memastikan tidak ada musuh yang akan merosakkan parti itu.

“UMNO pun sebuah parti kalau ada penyakit merebak ke seluruh parti matilah UMNO jadi sebelum UMNO mati kena potonglah bahagian-bahagian yang membawa penyakit. Membahayakan parti. Itulah yang dimaksudkan presiden. Bukan suka-suka sahaja,” katanya.

Malah kata Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, terpulang kepada Annuar sekiranya merasakan gesaan dan cabaran  itu ditujukan kepadanya.

“Kalau Annuar terasa dia salah satu orangnya silalah. Selama hari ini kutuk presiden, semua dia kutuk,” dakwanya.

Untuk rekod, Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 semalam mencabar seorang anggota parti itu yang kini menjadi menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk segera meletak jawatan dalam Kabinet.

Ujar Ahmad Zahid, amaran itu diberikan kepada menteri berkenaan berikutan sikap sesetengahnya ibarat ‘tikam  belakang’.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: