Bukan sekadar menjadi penghias di poster, bahkan dia turut menjadi sasaran tuduhan bahawa dia pengkhianat Umno kerana "merasuah perwakilan" untuk menyokong usul agar Umno menjadi "kuda" tunggangan kepada Bersatu.
Kata Annuar, dakwaan itu merupakan fitnah, namun, dalam masa yang sama, dia memberikan bayangan bahawa penyebaran poster itu "pasti telah diizinkan”.
“Pagi ini dikejutkan berita beredarnya poster seperti dalam gambar. Entah kerja siapa, naratif rekaan siapa. Pasti ini sesuatu yang diizinkan.
“Usul menjadikan Umno tunggangan PPBM (Bersatu)? Siapa nak bawa usul? Bawah agenda mana? Perwakilan mana yang disuruh menyokong?
“Insaflah kita. Budaya memfitnah ni nampaknya sudah jadi perkara biasa,” katanya di Facebook.
Tidak dapat dipastikan di manakah poster itu tersebar, namun berdasarkan gambar yang dikongsi Annuar serta perkataan "perwakilan" dalam poster berkenaan, dipercayai ia disebar dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) di PWTC.
“Annuar Musa rasuah kepada perwakilan untuk sokong usul Umno menjadi kuda PPBM. Annuar Musa pengkhianat Umno,” begitu tulisan yang terpampang pada poster berkenaan.
Tokoh veteran dalam Umno itu sering mengeluarkan kenyataan berselisih dengan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kebelakangan ini.
Kebanyakannya, perselisihan itu berkisar isu kerjasama dengan Bersatu.
Annuar merupakan antara pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan keputusan pendirian Ahmad Zahid dan Majlis Tertinggi Umno untuk memutuskan hubungan kerjasama dengan Bersatu menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15.
Bahkan, terdapat ura-ura bahawa Annuar mungkin dipecat - spekulasi yang pernah beberapa kali timbul - semakin bertiup kencang di tengah berlangsungnya PAU yang bermula semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan