HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Mac 2021

BERSATU akan teruskan macam biasa

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata parti itu akan terus bergerak seperti biasa malah lebih bersemangat dengan rakan-rakan dalam Perikatan Nasional.

Katanya, tiada apa yang beliau boleh katakan mengenai keputusan perwakilan UMNO berhubung kerjasama politik kedua-dua parti.

"Jika perwakilan UMNO berpandangan itulah kehendak ahli akar umbi mereka dan kemahuan orang Melayu, tiada apa yang dapat dikatakan lagi," katanya kepada BH mengulas keputusan Perhimpunan Agung UMNO, hari ini.

Perhimpunan yang berakhir petang tadi mengambil ketetapan meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan BERSATU pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) diteruskan hingga pembubaran Parlimen.

Ahmad Faizal yang juga bekas Menteri Besar Perak berkata, beliau cuma berasa pelik apabila langsung tidak dibangkitkan oleh mana-mana perwakilan mengenai surat sokongan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi bersama Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan sokongan kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"BERSATU tidak bincang masalah parti lain tetapi akan memperkukuhkan kerjasama antara parti dalam PN dan memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan seluruh rakyat negara ini," katanya

Tiada ulasan: