Bernama
Antara
menteri yang dilihat keluar dari bangunan itu selepas bertemu
Muhyiddin
ialah Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera. - Gambar
fail/ Bernama
PUTRAJAYA:
Beberapa menteri daripada UMNO mengadakan pertemuan dengan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Perdana Putra di sini
petang tadi.
Pertemuan itu difahamkan bermula pada 5.30 petang dan berlangsung lebih sejam.
Kenderaan
yang membawa menteri terbabit dilihat mula keluar meninggalkan
perkarangan kompleks Pejabat Perdana Menteri pada 6.45 petang.
Antara
menteri yang dilihat keluar dari bangunan itu ialah Menteri Kanan
(Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli
Parlimen Bera serta Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul
Anuar Nasarah yang merupakan Ahli Parlimen Lenggong.
Kenderaan
membawa Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang juga Ahli
Parlimen Tenggara turut dilihat meninggalkan kawasan itu.
Usaha
media yang menunggu di pintu masuk kompleks Pejabat Perdana Menteri
untuk mendapatkan butiran pertemuan itu tidak membuahkan hasil selepas
semua menteri berkenaan tidak memberhentikan kenderaan masing-masing
untuk bercakap dengan pemberita.
Semalam,
Perhimpunan Agung UMNO 2020 di ibu negara mengambil ketetapan untuk
memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15
(PRU15) kelak.
Semalam, Presiden UMNO
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usul memutuskan kerjasama
politik dengan Bersatu yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional itu
dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan parti yang menghadiri
perhimpunan tersebut.
Perhimpunan tahunan
itu turut meluluskan usul ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN)
seramai 42 orang tidak akan bersama kerajaan PN apabila Parlimen
dibubarkan.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan