HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Mac 2021

PRU15: Noh harap UMNO tidak bertembung dengan Pas

MGF28032021_PAU-UMNO39
Wakil pembahas Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berucap pada Sesi Perbahasan Ucapan Dasa Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MALAYSIA GAZETTE

KUALA LUMPUR – Ahli UMNO diingatkan tidak melakukan pengkhianatan demi memastikan survival politik parti itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, hubungan persahabatan perlu dikekalkan, bukan sahaja dalam UMNO tetapi juga dengan Muafakat Nasional (MN).

Jelas Noh, strategi hormat-menghormati antara satu sama lain yang diamalkan oleh UMNO dan Pas Selangor perli dicontohi.

“Kami di Selangor pegangan kita ialah apabila kita berkawan, kita bersahabat, kita jangan khianati kawan kita. Melainkan kita dikhianati, itu lain.

“Jangan rakyat lihat bahawa kita yang khianati perjuangan ini. Kerana itulah kita di negeri Selangor ini kita telah membuat kuputusan bahawa harapan kita supaya UMNO dan Pas janganlah bertembung dalam pilihan raya akan datang,” katanya ketika sesi perbahasan usul ucapan dasar Presiden Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang itu berkata, ini kerana kedua-dua parti itu di Selangor mempunyai kesedaran menjadi parti pembangkang.

Justeru, Noh menasihatkn agar kedua-dua parti dalam MN menggunakan kaedah diplomasi terutama dalam menguruskan perihal kerjasama politik. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: