HALAMAN SANTAI

Sabtu, 12 Jun 2021

Hisham sangkal laporan portal mesra Anwar berhubung isu PM


Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 
 
Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyangkal laporan portal The Vibe yang kononya beliau akan diangkat menjadi Perdana Menteri ke sembilan bagi mengantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Luar itu berkata, laporan portal mesra Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanyalah bersifat khabar angin.

Sehubungan itu, tegasnya beliau tidak mahu melayan laporan berkenaan kerana fokusnya sekarang adalah memastikan kesejahteraan rakyat dan negara terpelihara.

“Seperti yang dinyatakan dalam artikel itu, ia adalah khabar angin dan saya tidak melayan khabar angin. Perhatian dan tumpuan saya pada ketika ini adalah memerangi Covid-19 dan mengukuhkan ekonomi kita,” katanya menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

eliau berkata demikian mengulas laporan portal berbahasa Inggeris itu berjudul Hishammuddin bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai persediaan untuk menggantikan Muhyiddin.

Memetik sumber, portal itu memaklumkan Hishammuddin kini diberi jaminan oleh partinya UMNO untuk mencalonkan beliau di posisi Timbalan Perdana Menteri.

Dakwa portal itu, Muhyiddin bakal meletak jawatan dan kedudukan Hishammuddin itu sebagai persedian beliau untuk diangkat menjadi Perdana Menteri.

Sehingga hari ini Kabinet Muhyiddin tiada posisi untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tiada ulasan: