Astro Awani
AMK Selangor menzahirkan solidariti dan dukungan penuh kepada Najwan Halimi (gambar). - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor membantah sekeras-kerasnya
keputusan menggugurkan Najwan Halimi dari mengetuai sayap pemuda PKR
negeri itu.
Dalam satu
kenyataan, 14 Ketua Cabang AMK dan tiga Timbalan Ketua AMK Selangor
menganggap keputusan itu dilakukan secara tergesa-gesa, semberono dan
tanpa sebarang konsesus pimpinan AMK negeri itu.
"Sepanjang
tempoh lebih dua tahun beliau memimpin AMK Negeri Selangor, Najwan
Halimi telah mempamerkan kepimpinan yang cemerlang serta berperanan
penting dalam menyatupadukan anggota AMK yang berpecah belah pasca
Langkah Sheraton.
"Beliau
juga telah memastikan pandangan, cadangan serta suara anggota akar umbi
di Negeri Selangor diperjuangkan di peringkat yang lebih tinggi serta
ditangani dengan baik.
"Justeru, kami
menzahirkan solidariti dan dukungan penuh kepada Najwan Halimi serta
menuntut Ketua AMK Malaysia agar menarik semula keputusan beliau semalam
dan mengekalkan kedudukan Najwan Halimi sebagai Ketua AMK Negeri
Selangor demi memastikan kestabilan sayap pemuda Keadilan serta untuk
mengelakkan perpecahan dalaman parti," kata kenyataan tersebut.
Kesemua
17 pimpinan cabang AMK Selangor itu juga menyatakan sokongan serta
kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Presiden PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Pada Isnin, menerusi satu
surat yang ditandatangani oleh Setiausaha AMK Ahmad Syukri Che Ab Razab
memaklumkan pemecatan pemimpin sayap pemuda PKR itu.
Manakala
AMK Selangor dan Perlis pula dibubarkan dan Ahmad Syukri menambah dalam
surat itu bahawa Ketua AMK, Akmal Nasir akan melakukan rundingan untuk
melantik kepemimpinan baharu di Selangor dan Perlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan