HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Jun 2021

Hakikatnya Parlimen sudah terbubar secara automatik – Zaid

Manzaidi Mohd Amin
Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Parlimen pada dasarnya telah terbubar secara automatik setelah tidak bersidang selama enam bulan, suatu tempoh dan pernyataan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pengamal undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim berkata, ini bermakna Malaysia perlu mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa 60 hari.

Beliau yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang) turut menggesa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memberi penjelasan mengenai perkara itu.

“Orang yang sepatutnya beri nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, kepada Perdana Menteri ialah Peguam Negara, bukan Menteri Undang-Undang (Datuk Seri Takiyuddin Hassan).

“Peguam Negara tahu perkara diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan mengenai tempoh sidang Parlimen dan Dewan Rakyat terbubar secara automatik kalau tidak diadakan persidangan dalam masa tertentu.

“Saya nak tanya Peguam Negara, kalau kerajaan tidak panggil Parlimen sebelum 1 Ogos ini, bukankah Parlimen itu akan bubar secara automatik? Adakah rakyat dan negara bersedia untuk adakan PRU?, katanya menerusi rakaman video, semalam.

Tegas Zaid, kenyataan Takiyuddin bahawa Parlimen hanya akan kembali bersidang selepas darurat berakhir 1 Ogos ini adalah tidak betul.

Katanya, pandangan menteri itu sangat mengelirukan kerana Parlimen boleh bersidang dari dahulu lagi, walaupun kerajaan isytiharkan darurat.

Tiada ulasan: