Firdaus Azil
Armand
Azha berkata, ini merupakan masa yang paling sesuai untuk Ahmad Zahid
membersihkan nama baiknya, selepas persepsi negatif wujud ekoran dakwaan
tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu segera menafikan
dakwaan demi dakwaan yang dibangkitkan beberapa pemimpin kanan parti itu
terhadap beliau, terutamanya tentang ‘kerjasama’ dengan Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Ahli Majlis Kerja
Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, ini
merupakan masa yang paling sesuai untuk Ahmad Zahid membersihkan nama
baiknya, selepas persepsi negatif wujud ekoran dakwaan tersebut.
Beliau
berkata, kenyataan beberapa pemimpin termasuk Datuk Seri Mohamed Nazri
Aziz dan Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin terhadap Ahmad Zahid, tentang
kerjasama dengan Anwar, lebih kepada persoalan yang harus dijawab.
“(Masa)
ini adalah satu platform terbaik buat Presiden UMNO memberikan
penjelasan dan penerangan terhadap apa yang ditanya oleh kedua-dua
kepimpin
an UMNO tersebut.
"Ini
boleh menjadi satu 'turning point’ bagi diri presiden untuk pastikan
tiada (lagi) presepsi negatif pada beliau, dan (sekali gus) terus
membersihkan nama beliau,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Terdahulu,
Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, mendakwa majoriti
Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah hilang
kepercayaan terhadap Ahmad Zahid selaku Presiden dan Pengerusi gabungan
parti BN.
Bekas Menteri Pelancongan itu
menegaskan Ahmad Zahid perlu segera meletak jawatan dan memberi laluan
kepada pemimpin lain untuk menerajui parti politik itu.
Selain
itu, Nazri juga mengakui telah mengumpul akuan bersumpah (SD) dari 25
orang Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN, bagi memberi mandat kepada Menteri
Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai wakil parti itu
sewaktu diperkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara
beberapa minggu lepas.
Dalam pada itu,
Armand Azha berkata, keputusan MKT UMNO untuk menangguhkan pemilihan
parti, selewat-lewatnya 2023, adalah demi memberi keutamaan kepada isu
kepentingan rakyat, terutamanya dalam menangani pandemik COVID-19.
“Pemilihan
dianjak kerana kepimpinan UMNO berasakan harus berikan keutamaa dalam
isu kepentingan rakyat terutama dalam menangani Pandemik COVID-19, dan
apa yang akan dilaksanakan pada pasca COVID-19 terutamanya dari segi
kebajikan rakyat dan ekonomi negara.
“Ini adalah keutamaan kepimpinan dan saya secara peribadi telah menyuarakan cadangan ini (dalam Mesyuarat MKT),” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan