HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Jun 2021

Ketua AMK pecat geng Anwar di Selangor, Najwan sahkan


Perbalahan dalam PKR membabitkan dua kem memuncak apabila Ketua AMK Malaysia memecat Ketua AMK Selangor dan beberapa anggota Exconya hari in

‘Perang’ dua kem dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) membabitkan Naib Presiden, Rafizi Ramli dan Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, memuncak apabila Najwan Halimi dipecat daripada jawatan Ketua AMK Selangor.

Laporan juga menyebut Ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang juga Ahli Parlimen membubarkan seluruh jawatankuasa AMK Selangor berkuat kuasa serta-merta.

Satu dokumen yang diedarkan dalam media sosial juga memaklumkan Akmal Nasir turut memecat beberapa Exco AMK Pusat yang dilihat menyebelahi Farhash dan Anwar.

Najwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Selangor, turut memuat naik laporan pemecatannya di dalam Twitter tetapi beliau pada awalnya tidak memberi sebarang ulasan.

Namun kemudian Najwan mengesahkan menerima surat daripada Setiausaha AMK Malaysia, Ahmad Syukri Che Ab Razak berhubung perkara itu.

Terdahulu, AMK menerusi satu kenyataan berkata rombakan dan penyusunan semula sayap PKR itu secara besar-besaran dilakukan berikutan usul khas berkaitan tempoh memegang jawatan bagi sesi kempimpinan 2018/2021 yang diluluskan ketika Kongres Nasional Keadilan ke-15 yang lalu.

“Malaysia mengambil langkah progresif dengan melaksanakan penyusunan semula barisan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (MPAMK) dan rombakan jawatankuasa organisasi AMK Negeri Perlis dan Selangor,” kata kenyataan AMK.

Sebelum ini, Agenda Daily melaporkan Rafizi mendedahkan kartel baharu dalam PKR yang membabitkan orang kanan Anwar.

Peringatan secara terbuka Rafizi kepada Anwar berhubung tindak-tanduk Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam media sosial mencuri perhatian ramai.

“In Sha Allah saya akan saman budak Farhash ni, @anwaribrahim pls take note (sila ambil maklum). Will instruct my lawyer (akan arahkan peguam saya),” kata Rafizi dalam akaun Twitternya yang dipercayai merujuk kepada Farhash.

Tidak pasti punca perbalahan antara Rafizi dengan Farhash yang mencetuskan amaran untuk saman terhadap orang kanan Anwar tersebut, bagaimanapun Rafizi membayangkan kewujudan satu lagi kumpulan kartel dalam PKR.

“This is what the people in your office cultivate – another rotten culture in PKR to become #kartel2 (Ini sebenarnya orang dalam pejabat anda sedang semaikan, satu lagi budaya busuk dalam PKR yang akan menjadi kartel 2),” katanya lagi.

Selain itu, tular juga mesej yang didakwa ditulis Danish Hairudin yang mendakwa bertugas sebagai setiausaha politik kepada ADUN Selangor, menuduh tindakan memecat Najwan sebagai langkah politik rakus.

Danish mendakwa Najwan dipecat kerana mesra dengan kumpulan baju hitam yang setia mempertahankan Anwar, sedangkan kepimpinan AMK di bawah beliau berjaya menyatukan semua ahli selepas berlakunya Langkah Sheraton.

Dia menuduh tindakan Akmal Nasir memecahbelahkan ahli AMK.

“Ini merupakan politik khianat dimana memecat seorang pimpinan berkarisma demi kelangsungan politik,” dakkwanya dalam mesej tular itu.

Sila baca:Rafizi dedah kartel baharu dalam PKR libatkan orang kanan Anwar

Tiada ulasan: