HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Jun 2021

Tidak dapat jadi TPM punca Zahid sokong Anwar, kata ahli MT UMNO


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengingatkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai keputusan PAU 2020 yang menolak Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Gagal untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) buat kali kedua adalah punca sebenar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beralih sokongannya kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendedahkan tindakan Zahid tersebut yang menukar sokongan kepada Anwar dilihat sebagai membelakangi ketetapan parti yang diputuskan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) pada Mac lalu.

“Masalah Zahid ini, beliau tidak boleh nak lantik diri dia jadi Timbalan Perdana Menteri, beliau pergi kepada Anwar, itu memang kita tidak sokong. Mana boleh macam itu?” katanya kepada Agenda Daily baru-baru ini.

Jelas Ketua UMNO Bahagian Padang Besar itu, Ahli-Ahli Parlimen UMNO terpaksa mencari jalan bagi menyekat hasrat Zahid daripada meneruskan cita-citanya untuk bekerjasama dengan Anwar dan mereka mengambil jalanuntuk melantik Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai jurucakap parti UMNO jika dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) nanti.

“Sebab itu saya sokong untuk menjadikan Hishammuddin sebagai jurucakap supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri dipilih dalam kalangan UMNO,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, calon TPM boleh dipilih selepas itu dan menamakan beberapa calon yang berkemungkinan akan mengisi jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran kerajaan.

“Lepas itu nak lantik siapa pun jadi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri kah, Hishammuddin kah, (Datuk Seri) Shahidan Kassim kah, terpulanglah,” katanya.

Terdahulu, seorang pemimpin senior dalam parti, Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan sudah mengumpul surat akuan (SD) untuk menyokong Hishammuddin sebagai jurucakap rasmi kepada 25 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), ia sekiranya Ahli Parlimen Sembrong itu dipanggil menghadap YDPA.

Nazri berkata langkah itu sebagai tindakan balas terhadap Zahid yang memberikan maklumat mengelirukan kepada YDPA berhubung sokongan kepada Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Difahamkan, sumber memberitahu Zahid menerima tawaran jawatan TPM daripada cikgunya jika berjaya membawa UMNO untuk menyertai jajaran baharu politik yang beberapa kali disuarakannya sebelum ini.

Tiada ulasan: