Astro Awani
Amiruddin
berkata, persidangan kedua-dua Dewan Negara dan dewan Rakyat berjaya
dilaksanakan pada tahun lepas tanpa sebarang jangkitan atau mewujudkan
kluster Parlimen. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:
Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) berpandangan sidang Parlimen harus
dilaksanakan segera secara kendiri dengan mematuhi syarat-syarat ketat
pencegahan penularan COVID-19, sepertimana dijalankan tahun lepas.
Ia
bagi memenuhi tanggungjawab Ahli-ahli Parlimen membahas dan memutuskan
tindakan perlu bagi membawa negara keluar dari krisis-krisis kesihatan,
politik, ekonomi dan sosial.
Perkara itu dikemukakan Setiausaha Agung Pejuang Datuk Amiruddin Hamzah dalam satu kenyataan hari ini.
"Persidangan
kedua-dua Dewan Negara dan Dewan Rakyat telah berjaya dilaksanakan pada
tahun lepas tanpa ada sebarang jangkitan atau mewujudkan kluster
Parlimen.
"Tambahan pula, pada ketika itu
semua yang menyertai persidangan belum mendapat suntikan vaksin
COVID-19, tidak seperti sekarang di mana hampir keseluruhan Ahli Dewan
Negara dan Ahli Dewan Rakyat telah sempurna mendapat suntikan vaksin
yang diperlukan.
"Manakala
pegawai-pegawai pengiring Ahli Parlimen sedang diusahakan untuk mendapat
suntikan secepat mungkin," katanya mewakili Ahli-Ahli Dewan Negara dan
Dewan Rakyat dari Pejuang.
Amiruddin
berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan bersama Yang di-Pertua
Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkenaan pembukaan semula
Parlimen setelah hampir tujuh bulan tidak bersidang.
Ia bagi menyambut titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 16 Jun 2021.
Kenyataan
bersama itu mencadangkan sidang Dewan Negara dan Dewan Rakyat
dilaksanakan secara hibrid sekitar akhir Ogos atau minggu pertama
September 2021.
Sebelum itu, satu Sidang
Khas Parlimen secara kendiri bakal diadakan pada awal Ogos 2021,
tertakluk kepada syarat-syarat ketat pencegahan penularan COVID-19 yang
dikuatkuasakan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Sidang khas itu bagi membahas serta menerima resolusi yang berkaitan bagi membolehkan persidangan secara hibrid dilaksanakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan