Astro Awani
Kata
Jeniri, tindakan sedemikian juga boleh mengundang kecaman dan dipandang
negatif rakyat yang melihat sepatutnya sekarang parti itu membantu
menyelamatkan negara berdepan COVID-19. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
UMNO akan dilihat rakyat sebagai parti yang tamak kuasa dan tidak boleh
bergantung harap jika bertindak keluar daripada kerajaan Perikatan
Nasional (PN).
Felo Kanan Majlis Profesor
Negara, Jeniri Amir berkata, tindakan sedemikian juga boleh mengundang
kecaman dan dipandang negatif rakyat yang melihat sepatutnya sekarang
parti itu membantu menyelamatkan negara berdepan COVID-19.
"Jangan
salahkan rakyat kalau mereka terus melihat pemimpin politik kita
sebagai orang tidak boleh bergantung harap. UMNO sepatutnya membantu
menyelamatkan negara tetapi mereka dilihat cuba meruntuhkan negara.
"Jadi,
jangan burukkan lagi keadaan. Ini masa untuk mereka memperagakan
personaliti dan watak yang unggul, harus menjauhi kepentingan peribadi
dan politik," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Pada
Isnin, Ahli Parlimen PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata,
pembentukan jajaran baharu UMNO bersama Pakatan Harapan (PH) sama ada
boleh berlaku dalam tempoh terdekat atau sebaliknya, bergantung kepada
keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau
berkata, Ahmad Zahid boleh membuat keputusan menggunakan Majlis
Tertinggi (MT) untuk meminta ahli-ahli Parlimen UMNO keluar daripada
kerajaan sekiranya tuntutan beliau kepada Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin agar sidang Parlimen dipanggil dalam tempoh 14 hari
tidak dipenuhi.
Dalam pada itu, Jeniri
berkata, sekarang bukanlah masa untuk mana-mana parti politik mengganggu
keadaan politik negara lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai agenda
dan kepentingan peribadi.
"Permainan
politik ketika ini digerakkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan
peribadi untuk menyelamatkan dirinya bukan untuk menyelamatkan
kepentingan negara.
"Jadi sepatutnya kita
selamatkan kepentingan negara, ketepikan kepentingan peribadi dan puak
bagi meletakkan kita berada atas landasan betul dan memepercepatkan
langkah vaksinasi.
"Pastikan
angka COVID-19 diturunkan dan dapat beri fokus inisiatif baharu
kerajaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)
membabitkan wang begitu banyak," katanya.
UMNO
baru-baru ini memberikan tempoh 14 hari kepada kerajaan untuk
memutuskan tarikh Parlimen bersidang, membayangkan tindakan keluar
kerajaan jika ia tidak berlaku.
Ia
dikukuhkan oleh ura-ura Umno akan bersama PKR-DAP untuk menubuhkan
kerajaan baru bernama Jajaran Harapan dan mengangkat Datuk Seri Anwar
Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
MT UMNO
dijangka mengadakan mesyuarat pada 7 Julai ini susulan keputusan
kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen seawal bulan September akan
datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan