KUALA LUMPUR: Kuasa Yang di-Pertuan Agong semasa darurat untuk memanggil Parlimen bersidang mestilah melalui nasihat perdana menteri, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Abdul Rashid Hasnon.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadap Agong selama lebih satu jam di Istana Negara sebentar tadi.
“Insyaallah kita akan buka Parlimen sama ada menerusi sidang hibrid atau seperti biasa,” tambahnya.
Turut menghadap Agong pagi tadi adalah Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun dan Presiden Dewan Negara, Rais Yatim.
Selain Rashid, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah juga menerima menghadap Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said, serta Timbalan Presiden Dewan Negara, Mohamad Ali Mohamad.
Sesi sembah maklum kepada Agong yang bermula pada 11 pagi tadi adalah rentetan siri pertemuan baginda dengan ketua parti politik serta pegawai tertinggi kerajaan persekutuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan