HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Jun 2021

Kes bunuh diri meningkat, Fuziah minta menteri jawab

Syahira Yahya
MGF310719_MOU-KASIH-HOLDING-DAN-KHADIJAH-INTERNATIONAL09
Fuziah Salleh

KUANTAN – Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh meminta penjelasan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba tentang isu membunuh diri yang didakwa semakin menjadi-jadi dan  angkanya meningkat saban hari.

Katanya disebabkan Parlimen tidak bersidang maka beliau tidak dapat menanyakan soalan di Dewan Rakyat.

Justeru pihaknyamenggunakan platform lain dengan membawa soalan tersebut kepada domain awam.

Jelasnya, pihak kerajaan perlu mengenal pasti punca dan menghentikan trend mengambil nyawa sendiri dalam kalangan rakyat Malaysia serta melahirkan kegusarannya menerusi kenyataan medianya hari ini.

“Seterusnya saya mendesak Menteri Kesihatan menjawab dengan segera kerana isu bunuh diri semakin menjadi-jadi pada masa kini.

“Apakah statistik rasmi ‘Daftar Bunuh Diri Kebangsaan’ jumlah bunuh diri mengikut negeri bermula dari Mac 2020 sehingga  Jun 2021. Berbanding tempoh masa yang sama pada tahun-tahun sebelum pademik Covid-19.

“Apakah punca utama yang dikenalpasti oleh pasukan kesihatan mental yang menjadi pendorong kepada  rakyat mengambil nyawa sendiri.

“Berdasarkan punca-punca yang dikenalpasti oleh pihak kementerian, apakah langkah-langkah yang sudah, sedang dan akan di ambil oleh pihak kerajaan untuk membendung gejala bunuh diri ini,” kata Fuziah.

Tiada ulasan: