Israr Khalid
Hisomuddin
berkata sentimen kejadian beberapa hari ini lebih menjurus kepada
penantian bagaimana Istana Negara akan hadir dengan satu formula untuk
menyelesaikan masalah rakyat. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Rakyat sudah letih dengan polemik politik negara yang tidak sudah-sudah
meskipun dalam keadaan negara berdepan krisis kesihatan berperang
dengan pandemik COVID-19.
Begitu
secara amnya dapatan kajian terbaharu Ilham Centre yang dijalankan pada
awal April tempoh hari, kata Pegawai Eksekutifnya, Hisomuddin Bakar.
Ia
dapat dilihat dan dirasakan sendiri apabila episod sembah menghadap
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah sejak beberapa hari lalu tidak menjadi satu bualan hangat rakyat.
Tidak seperti ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018 dan awal 2020 tempoh hari ketika berlaku pertukaran kerajaan.
“Ia
beri gambaran bahawa sebenarnya di peringkat akar umbi rakyat jelata
seakan sudah meluas jurang antara mereka dengan orang politik.
“Ini
kerana dalam situasi berdepan masalah melibatkan ekonomi dan 'survival'
mereka dalam kehidupan, tetapi orang politik masih lagi berpolemik dan
membincangkan untuk mendapatkan kuasa,” ujarnya.
Kata
Hisomuddin lagi, sentimen kejadian beberapa hari ini lebih menjurus
kepada penantian bagaimana Istana Negara akan hadir dengan satu formula
untuk menyelesaikan masalah rakyat terutamanya daripada Sidang Khas
Raja-Raja Melayu yang bakal dilangsungkan pada 16 Jun nanti.
“Jadi kebergantungan itu sebenarnya sudah beralih kepada Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk rakyat mengadu nasib,” lanjutnya.
Maka
situasi ini sepatutnya dipandang serius oleh setiap pemain politik di
negara ini untuk kembali mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat
dengan langkah yang lebih bijak.
Jika
tidak, tegas Hisomuddin, mereka akan berdepan masalah besar menjelang
waktu untuk mereka meraih sokongan para pengundi menghadapi PRU yang
akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan