HALAMAN SANTAI

Rabu, 23 Jun 2021

Wanita Bersatu JB tak bubar, beberapa AJK tarik balik surat letak jawatan

Pengerusi tetap, timbalannya dan enam ahli jawatankuasa Wanita Bersatu 
Bahagian Johor Bahru dilaporkan meletak jawatan Ahad lalu.

PETALING JAYA: Bersatu Bahagian Johor Bahru berkata, beberapa ahli jawatankuasa (AJK) sayap Wanita bahagian itu sudah menarik balik surat peletakan jawatan mereka kerana masih mahu bersama parti berkenaan.

Ketua Bersatu Bahagian Johor Bahru, Abdull Bakar Ali berkata, sayap Wanita bahagian itu juga tidak dibubarkan seperti yang tular di media sosial, sebaliknya ia berfungsi seperti biasa untuk berkhidmat kepada masyarakat dan parti.

Beliau berkata, bahagiannya sedia maklum dengan isu peletakan jawatan sebahagian AJK Wanita Bahagian Johor Bahru pada Ahad lalu.

Tetapi katanya, mengikut perlembagaan parti, Wanita Bahagian Johor Bahru masih relevan dan tidak perlu dibubarkan.

“Fokus Bersatu Bahagian Johor Bahru ketika ini adalah bersama kerajaan Perikatan Nasional dalam memerangi pandemik Covid-19,” katanya dipetik Bernama dalam kenyataan malam tadi.

Kelmarin, media melaporkan Pengerusi Tetap Wanita Bahagian Johor Bahru, Masazlina Bachok bersama Timbalannya, Khairunnisah Ali dan enam AJK sayap bahagian itu meletak jawatan 20 Jun lalu.

Tiada ulasan: